Make your own free website on Tripod.com

Informasi Medan Selera

Menikmati Selera Tempatan di Langkawi
Di Pulau Langkawi, anda boleh menikmati makanan yang lazat dan menyelerakan, menggunakan rempah-rempah yang bermutu tinggi serta pelbagai juadah masakan disediakan. Kesemuanya ini boleh diperolehi hanya di Restoran Kampung Siam. Datanglah ke restoran ini bagi menikmati masakan Thai yang paling enak yang disediakan mengikut tradisi masakan kampung dan dalam suasana restoran yang cukup selesa.

Masakan
Antara masakan yang "Mesti Di Cuba" di Restoran Kampung Siam termasuklah sambal belacan.
Pelbagai pilihan makanan laut seperti ikan kerapu, ikan merah, talapia, dan ikan keli putih disediakan dalam tangki-tangki dan akan ditangkap sebelum dimasak, disamping udang galah, tiram, ketam, udang dan sotong yang segar-segar disusun dengan rapi seperti sebuah pasar di dalam restoran. Masakan akan dilakukan oleh Ketua Chef Orawan Johjong, seorang pakar masak dari Thai berpengalaman selama 10 tahun. Kumpulan chefnya yang terdiri enam orang pasti menjanjikan keenakan masakan yang tidak boleh dilupakan.

Kapasiti
Restoran ini boleh menampung sehingga 300 tetamu untuk makan tengahari dan makan malam. Bilik berhawa dingin disediakan bagi mereka yang ingin makan tengah hari manakala mereka yang ingin makan malam boleh duduk di kawasan terbuka.

Lokasi
Restoran Kampung Siam yang terletak berhampiran Pantai Cenang merupakan tempat makan yang terkenal di Pulau Langkawi. Ia juga terletak tidak begitu jauh dengan Underwater World Langkawi, salah satu akuarium terbesar di Asia Tenggara.

Antara restoran yang terkenal ialah:
 

AIENA NASI KANDAR
T/A AIENA EDAR GROUP SDN BHD       
33&34 Jalan PSK 1
Bandar Baru Simpang Kuala
05400 Alor Star
Kedah Darul Aman

 

 

 


Restoran Swissland
164, Jalan PSK 3,
Pekan Simpang Kuala,
05400 Alor Star, Kedah
Tel : 04-7727568.
 




Restoran Deejay
DEEJAY A/27788
DIMILIKI OLEH RESTAURAN DAMAR JAYA
Jalan Telok Wanjah
02500 Alor Star
Kedah Darul Aman



Laksa Teluk Kecai
250 kilometer 7
Jalan Kuala Kedah
05400 Alor Star
Kedah Darul Aman

 

Home  |  Top