Make your own free website on Tripod.com

Sejarah Negeri Kedah

Sejarah Negeri Kedah

Lokasi Negeri Kedah

Bendera Negeri

Lambang

Lagu Negeri

Daerah

Budaya

SEJARAH NEGERI KEDAH

Malaysia kaya dengan sejarah, berpengaruh di dalam budaya utama dunia. Negeri Kedah boleh berbangga sebagai negeri tertua di negara ini, dengan salasilah keluarga di-Raja mereka dapat dikesan semenjak 100 TM. Pemerintah Islam Kedah yang pertama adalah Sultan Al-Muzaffar Shah I yang memerintah dari 1136 hingga 1179. Negeri ini kaya dengan tapak arkeologi yang berasal dari era Hindu-Buddha di dalam sejarah Malaysia.

 Top

 

Lokasi : Negeri Kedah terletak di utara Semenanjung Malaysia, bersempadan dengan negara Thailand. Pulau Langkawi, satu kawasan tarikan pelancong yang terkenal, adalah juga sebahagian daripada negeri Kedah.

             

                Rajah : Peta menunjukkan kedudukan negeri Kedah

 

Top

 

 

Bendera Negeri : Bendera negeri memaparkan bulan sabit berwarna hijau di bawah perisai kuning dan dilingkungi oleh jambangan padi berwarna kuning di atas latar belakang merah. Merah adalah warna tradisional negeri dan juga melambangkan kemewahan, sementara bulan sabit adalah simbol agama Islam. Perisai melambangkan Sultan negeri sebagai pelindung dan penjaga rakyatnya.

Rajah :Bendera Negeri Kedah

 

Top

 

 

Lambang : Jambangan yang terdiri daripada biji padi melambangkan komoditi pertanian utama negeri – beras. Bulan sabit melambangkan Islam sementara perisai melambangkan kekuasaan pemerintah.

Rajah : Lambang Negeri Kedah

 

Top

 

Lagu Negeri :

Allah selamat Sultan Mahkota

Berpanjangan usia di atas Takhta,

Memelihara ugama Nabi kita,

Negeri Kedah serata-rata

 

Top

 

Agama : Walaupun agama rasmi adalah Islam, agama lain bebas dianuti termasuk Buddha, Tao, Hindu dan Kristian. Kebebasan beragama adalah dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.

 

Daerah : Sebelas (11) daerah terdiri daripada Baling, Bandar Baharu, Kota Setar, Kuala Muda, Kubang Pasu, Kulim, Pulau Langkawi, Padang Terap, Pendang, Sik, Yan dan daerah kecil Pokok Sena.

 

Ibu Negeri : Alor Setar

 

Iklim : Khatulistiwa – panas dan lembab sepanjang tahun. Suhu di antara 210C hingga 310C. Hujan tahunan di antara 2,000 mm – 2,500 mm, dengan hujan pada kebiasaannya di waktu tengahari.

 

Top

 

 

Budaya : Kepelbagaian dan kosmopolitan budayanya melambangkan masyarakat Malaysia yang majmuk. Ia merangkumi elemen-elemen budaya Melayu, Cina, India dan Thai meliputi tarian, muzik, senibina, tulisan, kraftangan dan lain-lain.

 

Makanan : Seperti kebiasaannya di Malaysia, Kedah adalah idaman bagi penggemar makanan, dengan makanan Melayu, Cina, India, Thai dan Barat yang boleh didapati di dalam beraneka selera.

 

Reputasi : Kedah adalah negeri asal dua Perdana Menteri Malaysia; Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad <http://www.jaring.my/msia/govt/pm/pm.html>,Perdana Menteri sekarang, dan Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Kedah juga dikenali sebagai ‘Jelapang Padi Malaysia’ memandangkan ia adalah negeri pengeluar beras terbesar di Malaysia.

 

Pelabuhan Utama : Pelabuhan Pulau Pinang (Negeri Pulau Pinang), Kuala Kedah dan Telok Ewa Langkawi

 

Home | Top